9 years ago
"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
zainur nadiyah baharudin (seindahcintailahi.blogspot.com)
undefined
undefinedundefined

السلام عليكم ورحمة الله وبركة.. بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulilah ku panjatkan kesyukuran kerana diberi masa untuk ku titipkan sesuatu dalam blog nih..sekadar perkongsian bersama,hanya tinggal 1hari lagi Ramadhan akan menutup tirainya..Syawal pula akan menjelma..rindunya pada Ramadhan,adakah mungkin diri ini dapat kecapi Ramadhan yang akan datang??Ramai yang ternanti-nanti kemunculan Syawal..masjid pula makin kosong dekat-dekat penghujung Ramadhan ini,ramai yang mengimarahkan bazar raya..lagu raya pula tak henti-henti berkumandang..adakah niat puasa kita semata-mata ternanti-nanti hari raya?? walhal bulan mulia inilah kita patut tanamkan rasa rindu beribadat dan rindu akan pengakhirannya..bulan Ramadhan inilah bulan yang tercipta sejarah kemenangan Islam,dalam peristiwa perang badar,penaklukan Andalusia,pembukaan kota Mekah dan pelbagai lagi sirah..
Moga berakhirnya Ramadhan kali ini ibadah kita tidak terhenti setakat itu sahaja,moga-moga berterusan sehingga akhir hayat..insyaAllah moga kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amin...