kek oh kek..hehehe..


yumm..sedap yer..kek buatan ku dimasa cuti..hehe..

resepi2 yer..
catit na chef nak habaq nie..hehe..

Bahan- bahan:
1 1/2 cwn gula pasir
1 cwn minyak mazola
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn air panas
2 cwn tepung gandum /tepung blue key
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Toping:
koko
mentega
susu cair

Cara-cara:
1. koko, tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder diayak sekali.
2. Masukkan gula yang telah dicairkan dengan air panas, minyak mazola, telur, dan susu cair..sedikit demi sedikit...dipukul hingga kembang..
4. kukus selama 1 jam.
5.bahan-bahan toping tadi dicairkan dan disapu atas kek..
6.taburkan coklat rice
SeLaMaT MeNcuBa ..:)
No Title????

fuhh..fuhh...hehe...agak dah berhabuk blog nih..setelah sekian lama tak di update.. erm,dah lama tak berkarya dalam nih..agak kelu sikit..hehe..erm,kali nih aku nak bawakan coretan hati seorang sahabat..alkisahnya bergini.. sepanjang perkenalan zati dan dewi semuanya berjalan seperti biasa..makan sama2,study sama2,sembang sama2,jalan sama2..pendek kata sumenye sama2 sahaja..cume ade 1 benda yang diorang tak sama..perbezaan penampilan diri.. dewi seorang yang agak sosial dalam permakaian,trend mengikut peredaran masa..agak moden sikit.. berbanding zati ala2 seorang ustazah..berjubah dan bertubung labuh..
sering kali orang lain berkata tentang keakraban diorang..agak ganjil persahabatan diorang di mata orang ramai..masing2 mempersoalkan keakraban diorang,ada yang mengatakan mesti zati lama2 akan terpedaya ngan cara hidup dewi yang agak sosial..tak kisah la apa yang orang nak cakap yang pasti diorang masih berkawan rapat...dewi ada pakwe,zati pulak tak suka couple2..sebab couple tu HARAM dalam Islam..zati dah pernah bagitau dewi pasal hukum couple nih..nak tahu dewi cakap ape?? kami tak couple la cume bercinta ja..bukan kah CINTA itu FITRAH yang Allah beri..zati hanya mampu mengelengkan kepala..baginya apa pun yang sahabatnya lakukan baik atau buruk menjadi tanggungjawabnya untuk menegur dan menyanyangi sahabatnya itu...
Hari berganti hari..persahabatan dewi dan zati umpama air yang dicincang tak akan putus.. biarpun cara hidup dewi agak sosial,zati tetap menghormatinya..tidak pernah ada rasa malu dan benci dengan sahabatnya..malah zati tetap memberi sokongan..
Hinggalah satu hari dewi terlanjur dengan teman lelakinya..sehingga meyebabkan mengandung anak luar nikah..hal ini tidak diketahui keluarga dewi..dewi hanya menceritakan kepada zati sorang sahaja..alangkah terkejutnya seorang sahabat bila mendengar pengakuan itu.. dewi hanya mampu menangis dan terus menangis,yang dia tahu mahu gugurkan kandungan itu..zati menghalang..keadaan bertambah buntu..
"Dewi berdosa bunuh bayi yang tak berdosa itu"
"habis tu kau nak suruh aku buat ape lagi?? zamir dah hilangkan diri,call tak angkat,mesej tak balas...tolong aku zati,mati aku kalau parents aku tau"
"nasi dah jadi bubur dewi, kau kena hadapi ini sume..parents kau akan tahu juga nanti"
"tolong aku zati,aku tak nak diorang tahu..aku kena gugurkan baby ni juga"
"jangan dewi...."
Sejak itu dewi hilang entah kemana..dewi tinggalkan pelajaran,keluarga dan seorang sahabat yang setia menanti..
kemana dewi menghilang??
bagaimana keadaan die??
anak itu??
bermacam-macam persoalan bermain di minda zati..Hanya doa dari seorang sahabat agar dewi menemui jalan pulang....Amin..

*adakala persahabatan yang terbina hanya kerana harta,kecantikan namun amat sedikit yang terjalin kerana Allah..biarpun seburuk mana perangai sahabat itu doakanlah dia moga Hidayah Allah bersamanya..

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"

السلام عليكم ورحمة الله وبركة.. بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulilah ku panjatkan kesyukuran kerana diberi masa untuk ku titipkan sesuatu dalam blog nih..sekadar perkongsian bersama,hanya tinggal 1hari lagi Ramadhan akan menutup tirainya..Syawal pula akan menjelma..rindunya pada Ramadhan,adakah mungkin diri ini dapat kecapi Ramadhan yang akan datang??
Ramai yang ternanti-nanti kemunculan Syawal..masjid pula makin kosong dekat-dekat penghujung Ramadhan ini,ramai yang mengimarahkan bazar raya..lagu raya pula tak henti-henti berkumandang..adakah niat puasa kita semata-mata ternanti-nanti hari raya?? walhal bulan mulia inilah kita patut tanamkan rasa rindu beribadat dan rindu akan pengakhirannya..bulan Ramadhan inilah bulan yang tercipta sejarah kemenangan Islam,dalam peristiwa perang badar,penaklukan Andalusia,pembukaan kota Mekah dan pelbagai lagi sirah..
Moga berakhirnya Ramadhan kali ini ibadah kita tidak terhenti setakat itu sahaja,moga-moga berterusan sehingga akhir hayat..insyaAllah moga kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.....
Selamat Datang Rejab!!
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

sumber~http://www.al-azim.com/masjid/rejab/
Thank You ALLAH..

Thank You Allah-Maher Zain

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Sharing from~ http://sakinah-omar.blogspot.com/
Labels: 0 comments | | edit post
Peristiwa Tahun Gajah…

Pada setiap tahun, apabila tiba 'musim haji', beribu-ribu umat Islam pergi ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Salah satu rukun yang terdapat dalam fardu haji ialah tawaf atau mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Kaabah yang terletak Kota Mekah digelarkan sebagai Rumah Allah (Baitullah). Hal ini demikian kerana pada suatu masa dahulu, Allah S.W.T. telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya membina Kaabah. Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s. lalu membina Kaabah tersebut. Sejak itulah Kaabah menjadi tempat untuk melakukan ibadat tawaf.

Namun, sesudah Nabi Ibrahim a.s. wafat, ajaran yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. supaya menyembah dan mengesakan Allah S.W.T., lama-kelamaan diabaikan oleh kebanyakan manusia.

Mereka kembali menyembah patung-patung berhala, pokok, haiwan, matahari, dan lain-lain lagi. Bahkan, di dalam Kaabah, mereka turut meletakkan berbagai-bagai jenis berhala untuk disembah. Mereka hidup dalam kesesatan dan kejahilan yang nyata.

Namun demikian, Kaabah masih tetap dikunjungi oleh orang ramai yang datang dari merata-rata tempat. Oleh yang demikian, Kota Mekah menjadi sangat masyhur dan maju kerana di kota itu terdapat Kaabah.

Di negeri Yaman pula, terdapat seorang pemerintah bernama Abrahah. Dia berasa sangat iri hati kerana Kota Mekah menjadi begitu masyhur dan maju. Dia mahu negerinya menjadi lebih masyhur dan maju daripada Kota Mekah.

Oleh itu, Abrahah lalu memerintahkan rakyatnya supaya mendirikan sebuah Kaabah untuk menandingi Kaabah yang terdapat di Kota Mekah. Bahkan, 'Kaabah Yaman' jauh lebih cantik daripada Kaabah di Kota Mekah itu. Malah, di dalam 'Kaabah Yaman', terdapat pelbagai peralatan dan barangan yang sangat mahal harganya.

Namun demikian, Abrahah berasa sangat kecewa. Tidak ramai orang datang untuk melakukan ibadat di 'Kaabah Yaman'. Malah, rakyat di negerinya sendiri pun lebih suka mengunjungi Kaabah di Kota Mekah. Marahlah Abrahah bukan kepalang.

'Kaabah Yaman' itu bukan sahaja tidak dikunjungi ramai, malah turut dirosakkan dan dikotorkan dengan najis oleh orang yang berpura-pura mengunjunginya. Malah, banyak pula peralatan dan barangan yang mahal di dalamnya telah dicuri orang. Oleh yang demikian, kemarahan Abrahah tidak dapat dibendung lagi.

Akhirnya, Abrahah mengambil keputusan untuk menyerang Kota Mekah. Tujuannya ialah ingin meruntuhkan Kaabah yang terletak di Kota Mekah itu. Dia percaya, sekiranya Kaabah di Kota Mekah itu berjaya diruntuhkan, tentulah orang ramai akan datang mengunjungi 'Kaabah Yaman' pula.

Tanpa berlengah lagi, Abrahah terus mengumpulkan angkatan tenteranya. Bahkan, angkatan tenteranya sangat luar biasa kerana turut disertakan dengan kumpulan gajah. Oleh yang demikian, angkatan tentera Abrahah ini terkenal dengan sebutan angkatan tentera bergajah.

Abrahah sangat yakin bahawa cita-citanya untuk meruntuhkan Kaabah di Kota Mekah itu akan berjaya. Jumlah tenteranya sangat ramai. Tambahan pula, angkatan perangnya mempunyai barisan gajah yang perkasa. Tentulah tiada siapa pun berani melawan angkatan tenteranya.

Abrahah lalu memimpin angkatan tenteranya menuju ke Kota Mekah. Di segenap tempat yang dilalui oleh angkatan tenteranya, orang ramai bertempiaran melarikan diri. Tiada siapa berani menghalang kemaraan angkatan tenteranya.

Oleh yang demikian, hebohlah berita di kalangan penduduk Tanah Arab mengenai kedatangan angkatan tentera Abrahah. Malah, berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan penduduk Kota Mekah. Mereka berasa sangat cemas. Mereka sudah tentulah tidak berdaya untuk mengalahkan angkatan tentera Abrahah. Lebih-lebih lagi kerana angkatan tentera Abrahah turut mempunyai barisan gajah yang perkasa.

Abdul Mutalib, iaitu datuk kepada Nabi Muhammad S.A.W., yang menjadi pemimpin di Kota Mekah turut mengetahui berita itu. Beliau berasa sangat dukacita kerana Abrahah mahu melanggar Kota Mekah dan meruntuhkan Kaabah. Beliau tahu, sekalian penduduk Kota Mekah tidak akan berupaya menghalang cita-cita jahat Abrahah itu.

Tanpa membuang masa lagi, Abdul Mutalib lalu segera mengarahkan penduduk Kota Mekah supaya menyelamatkan diri masing-masing. "Wahai penduduk Kota Mekah! Selamatkan diri kamu semua. Pergilah kamu semua berlindung di atas bukit," seru Abdul Mutalib kepada para penduduk Kota Mekah.

Penduduk kota Mekah bergegas keluar dari Kota Mekah. Mereka patuh pada arahan Abdul Mutalib. Mereka pergi ke bukit-bukau yang terletak di tepi Kota Mekah. Mereka cuba mencari perlindungan di atas bukit-bukau itu.

Akhirnya, Abrahah dan angkatan tenteranya tiba di suatu tempat berhampiran Kota Mekah. Mereka tidak terus memasuki Kota Mekah. Mereka berehat di tempat itu. Abrahah sangat gembira apabila mengetahui penduduk Kota Mekah sudah lari mencari perlindungan.

Ha! Ha! Ha! Abrahah ketawa berdekah-dekah. Dia sangat sangat gembira. "Mereka semua adalah penakut!" ujar Abrahah. Dia membayangkan kemenangan sudah berada di dalam genggaman tangannya. Tiada siapa akan menentangnya.

Abrahah mengetahui pemimpin Kota Mekah itu, Abdul Mutalib, juga sudah lari berlindung di atas bukit. "Sungguh tidak kusangka, pemimpin kaum Quraisy yang sangat masyhur itu rupa-rupanya sangat penakut!" ujar Abrahah.

Abrahah ingin mengambil kesempatan untuk menghina Abdul Mutalib. Dia lalu memerintahkan beberapa orang tenteranya pergi mengambil dua ratus ekor unta milik Abdul Mutalib.

Berita Abrahah merampas dua ratus ekor unta itu sampai kepada pengetahuan Abdul Mutalib. Oleh yang demikian, tanpa berlengah lagi, Abdul Mutalib bergegas pergi berjumpa Abrahah.

Pada mulanya, beberapa orang sahabat Abdul Mutalib melarang beliau pergi menemui Abrahah.

"Janganlah, tuan hamba pergi, wahai Abdul Mutalib! Abrahah itu tersangat zalim. Nanti, tuan hamba akan dibunuhnya," kata mereka.

Namun, Abdul Mutalib sedikit pun tidak berasa gentar. Dengan penuh berani, beliau pergi juga menemui Abrahah.

Abrahah turut berasa terkejut apabila diberitahu oleh para pembesarnya bahawa Abdul Mutalib datang ingin berjumpa dengannya. Dia sama sekali tidak menyangka pemimpin kaum Quraisy itu rupa-rupanya sungguh berani.

"Wahai Abdul Mutalib! Sungguh berani engkau datang menemuiku. Jikalau kupancung lehermu, engkau akan mati di sini," Abrahah berkata dengan suara yang kasar.

Namun, Abdul Mutalib dengan tegas menjawab, "Aku tidak takut!"

Tercenganglah Abrahah mendengar jawapan itu. Oleh itu, Abrahah ingin tahu maksud sebenar Abdul Mutalib datang menemuinya. Dia menyangka pemimpin kaum Quraisy itu tentulah ingin berdamai dengannya.

"Beritahu kepadaku, apakah tujuan sebenar kedatanganmu?" Abrahah menyoal.

"Aku mahu engkau mengembalikan semula semua untaku yang telah engkau rampas itu," tegas Abdul Mutalib.

Mendengar jawapan itu, Abrahah ketawa berdekah-dekah.

"Sungguh tidak kusangka. Aku fikir engkau datang ingin berdamai denganku supaya tidak meruntuhkan Kaabah. Tetapi rupa-rupanya engkau mahukan unta itu sahaja," ujar Abrahah sambil terus ketawa.

"Unta itu adalah kepunyaanku!" tegas Abdul Mutalib lagi.

"Jikalau begitu, Kaabah itu kepunyaan siapa pula?" Abrahah cuba menyindir Abdul Mutalib.

Abdul Mutalib segera menjawab, "Kaabah itu bukan kepunyaanku."

Sekali lagi Abrahah tercengang mendengar jawapan Abdul Mutalib.

"Kalau begitu, Kaabah itu kepunyaan siapa?" Abrahah benar-benar ingin mendengar penjelasan daripada Abdul Mutalib.

"Kaabah itu kepunyaan Allah. Itu adalah rumah Allah (Baitullah). Bukan kepunyaan aku. Allah sendiri yang akan menjaga Rumah-Nya (Kaabah) itu. Bukan aku!" tegas Abdul Mutalib lagi.

Termenunglah Abrahah seketika setelah mendengar kata-kata Abdul Mutalib. Namun, Abrahah tidak percaya kepada kata-kata Abdul Mutalib itu. Dia tetap ingin meneruskan hasratnya ingin memusnahkan Kaabah.

Abdul Mutalib lalu mengambil semua unta kepunyaannya dan terus pulang.

Keesokkan harinya, Abrahah segera memimpin angkatan tenteranya memasuki Kota Mekah. Penduduk Kota Mekah yang sedang berlindung di atas bukit-bukau menangis kerana menyangka Kaabah tentulah akan dimusnahkan oleh gajah-gajah perkasa.

Namun, suatu peristiwa ganjil berlaku. Semua gajah itu enggan melangkah untuk meruntuhkan Kaabah. Gajah-gajah itu bertempik dan memalingkan muka dari Kaabah. Gajah-gajah itu enggan bergerak untuk memusnahkan Kaabah.

Walaupun dipaksa dan dipukul dengan kuat, gajah-gajah itu tetap enggan melangkah ke arah Kaabah. Malah, sesetengah gajah itu sudah melarikan diri.

Kemudian, dengan tidak semena-mena, langit menjadi hitam. Rupa-rupanya ratusan burung sedang berterbangan. Burung-burung itu ialah burung Ababil yang diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk menyelamatkan Kaabah.

Burung-burung Ababil itu membawa batu-batu kecil dari Neraka. Batu-batu itu dilemparkan ke atas angkatan tentera Abrahah. Bertempiaranlah tentera Abrahah cuba melarikan diri masing-masing. Namun, tiada seorang pun daripada angkatan tentera Abrahah itu terselamat daripada serangan burung Ababil.

Mereka mati di situ dalam keadaan hina dan sangat mengerikan. Mayat mereka menjadi seperti daun-daun yang dimakan oleh ulat.

Demikianlah, sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Berkuasa. Allah S.W.T. telah menyelamatkan Kaabah daripada dimusnahkan. Peristiwa luar biasa itu disaksikan oleh para penduduk Kota Mekah dengan perasaan takjub. Mereka tidak menyangka Allah S.W.T. akan mengutuskan burung Ababil yang membawa batu dari Neraka untuk menyelamatkan kesucian Kaabah.

Peristiwa ajaib ini ada disebutkan di dalam Al-Quran. Dalam Surah Al-Fil: Ayat 1-5, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka untuk menghancurkan Ka'abah itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu berasal dari tanah yang terbakar. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daunan yang dimakan ulat."

Sesetengah riwayat pula mengatakan, Abrahah berjaya melarikan diri. Dia pulang ke negerinya dengan sangat ketakutan.

Namun, ketika Abrahah sampai di istananya, tiba-tiba dia melihat ada seekor burung Ababil sedang bertenggek di jendela istananya itu. Burung Ababil sedang menunggunya di situ. Tahulah Abrahah bahawa rupa-rupanya dia tidak terlepas daripada balasan azab oleh Allah S.W.T.

Abrahah cuba melarikan diri. Namun, sia-sia sahaja. Matilah dia akibat terkena batu dari Neraka yang dilontarkan oleh burung Ababil itu. Dia mati dalam keadaan tersangat hina dan sungguh mengerikan di dalam istananya sendiri.

Tahun berlakunya peristiwa ajaib ini dikenali sebagai 'Tahun Gajah'.

Dalam tahun inilah Junjungan Besar Kita, Nabi Muhammad S.A.W. diputerakan. Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal (bersamaan 20 April 571 Masihi). Baginda dipilih oleh Allah S.W.T. menjadi rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah S.W.T., yakni sebagai penyudah dan pelengkap bagi sekalian rasul
Sokongan Amerika punca keangkuhan Israel..
Yahudi bebas lakukan kezaliman di Gaza berikutan kuasa besar dunia di bawah telunjuknya

KEBIADABAN Israel menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei lalu bukanlah yang pertama atau yang terakhir. Kapal yang membawa bantuan keperluan asas penduduk Gaza, Palestin, diserbu komando Israel dan membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. Selagi hayat Yahudi masih wujud, selagi itu keamanan, kedamaian dan keharmonian dunia akan terjejas.
Anda mungkin masih ingat apa yang diluahkan pelakon Hollywood, Mel Gibson tidak lama dulu yang mengatakan Yahudi punca kerosakan dunia. Sebenarnya ramai masyarakat antarabangsa menyedari kejahatan bangsa Yahudi sepanjang sejarah kemanusiaan, akan tetapi ramai daripada mereka dihisap oleh gurita Yahudi.
Pada awal abad ke-20, Henry Ford, pengasas automotif Amerika Syarikat, Ford Motor Company terkenal dengan anti-Yahudinya sehingga semua harta dan kekuasaan yang dimilikinya dihebahkan untuk membongkar keburukan dan kejahatan Yahudi.

Dia mendedahkan kandungan buku Protocols of Zion, yang menggemparkan masyarakat antarabangsa masa itu dalam akhbar mingguan miliknya The Dearborn Independent. Beliau juga menerbitkan kumpulan tulisannya dalam sebuah buku bertajuk The International Jew, the World’s Foremost Problem.

Dalam tulisannya, Ford membuka mata sepak terajang Yahudi di dunia terutama di Amerika. Dia menyoroti kemampuan Yahudi menghancurkan nilai tradisi Kristian Barat menerusi pelbagai isu seperti demokrasi, liberalisme, feminisme hingga sosialisme dan komunisme. Dia mengkritik pandangan perkauman Yahudi yang menyerang tradisi Kristian sambil mempromosikan nilai Yahudi. Di samping itu, dia mengkritik perbuatan keji Yahudi untuk menguasai institusi kerajaan serta mendominasi pelbagai kehidupan seperti media masa dan kesenian.

Tidak hanya perang pemikiran melawan gurita Yahudi, Henry Ford juga pernah terbabit pergaduhan fizik dalam satu tragedi yang terkenal dengan nama ‘The Battle of the Overpass’ pada 1937. Gerakan anti-Yahudi Amerika pada hari ini juga masih wujud walaupun samar-samar dalam cahaya kegelapan ciptaan Yahudi.
Ketika masyarakat Amerika Syarikat memperkatakan kemampuan Elena Kaga sebagai Hakim Agung Amerika Syarikat bulan lalu, pengulas politik konservatif AS, Pat Buchanan dalam ruangannya menulis tajuk Apakah Liberal Anti-WASP? (WASP, White Anglo-Saxon Protestant). Jika Kagan dipilih, Mahkamah Agung akan terdiri daripada tiga orang Yahudi dan enam orang Katholik.

Cuba bayangkan Amerika yang mempunyai penduduk lebih 300 juta dan nisbah bangsa Yahudinya di bawah dua peratus (tujuh juta orang) mendapat 33 peratus tempat di Mahkamah Agung. Kenyataan ini membuat rakyat Amerika seperti Buchanan meradang. Apa pun usaha yang dilakukan majoriti rakyat Amerika untuk mengembalikan identiti Kristian mereka, ia tetap terhalang oleh kekuatan Yahudi Amerika kerana pada hakikatnya Amerika di bawah kekuasaan Yahudi sejak penubuhannya oleh Presiden Pertama, Abraham Lincoln keturunan Yahudi daripada keluarga Rothschild yang menjadi pemimpin puak rahsia Rosicrucian.

Sempena meraikan Jewish American Heritage Month, April lalu, Presiden Barack Obama memberi ucapan antaranya: “Bangsa kita menjadi tempat berlindung dan rumah bagi orang Yahudi Amerika. Mereka (Yahudi) memperkaya budaya nasional kita, Yahudi Amerika mempertahankan identiti unik mereka. Selama perayaan Jewish American Heritage Month, kita merayakan sejarah ini dengan rasa bangga dan hormat atas sumbangan tidak ternilai Yahudi Amerika atas apa yang mereka lakukan untuk bangsa kita. Sebagai pemimpin dalam semua segi kehidupan Amerika, baik sukan, hiburan, seni, akademik, perniagaan, pemerintah, dan tentera.
Yahudi Amerika membentuk bangsa dan perjalanan sejarah kita. Kita bangsa yang kuat dan negara yang penuh dengan harapan kerana ramai Yahudi dari seluruh dunia menjadikan Amerika rumah mereka.”

Dengan hakikat di atas, tidak hairanlah apabila masyarakat antarabangsa melihat kebiadaban Israel menyerang Mavi Marmara mendapat sokongan dan pembelaan Amerika pimpinan Obama yang diwakili timbalannya, Joe Biden dan Menteri Luarnya, Hillary Clinton. Mereka seolah-olah berkata kepada dunia kami adalah Israel dan Israel adalah kami. Kalian menyerang Israel sama saja kalian menyerang kami.

Apa gunanya menubuhkan jawatankuasa mencari kebenaran seperti dicadangkan masyarakat antarabangsa jika dunia sudah berada di bawah cengkaman Yahudi?

Jika Barat dengan budaya dan kehidupan sosial politik Kristiannya boleh dikatakan sudah dikalahkan Yahudi, maka umat Islam masih mempertaruhkan keagungan agamanya dalam melawan kemaraan Yahudi. Walaupun umat Islam masih terumbang ambing ombak lautan dunia masa kini tetapi pada satu saat mereka akan reda dan apabila masa itu tiba, mereka akan siap untuk menghadapi satu pertempuran yang pernah dikatakan seorang pemimpin Freemason Amerika abad 19, Albert Pike: ”Perang Dunia Ketiga akan bermula dengan pertembungan Zionis dan Islam.” Wallahualam.
WANITA..

WANITA : dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan...maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah...jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang, cantik dipandang tetapi amat sukar untuk dipegang... jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam... biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah dijalan dakwah, bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahadah menuju Tuhan.
pengaLaman mentarbiyyah diri ini..

Masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik..khasnya pd guru2 di S.R.K Seri Makmur,S.R.A Ehyaul Fallah,Sek. Agama.Men.Tengku Ampuan Jemaah sg.besar dan pensyarah2 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri.. “SeLaMat HaRi GuRu”  Terima kasih krn telah mendidikku sehingga berjaya sehingga kini..

Mengimbau saat2 dialam persekolahan dulu mmg melucukan..saat dimarahi,saat dipuji, saat mengembirakan dan menyedihkan..semua itu hanya tinggal kenangan..kini aku sendiri telah merasa duduk ditempat guru.cuti yg terlalu panjang ini aku isi dengan berkongsi ilmu bersama adik2..aku mengajar disalah sebuah sekolah rendah. Fuhh,sungguh teruji bila berada ditempat seorang guru ini..berhadapan dgn kerenah anak2 murid yg bermacam lagak,fe’il..mencabar jugak kerjaya seorang guru ni bila berhadapan dgn murid2 yg agak ‘baik’..hehe..
Bila aku renung dan bandingkan murid2 zaman skrg dgn murid2 zaman dulu, jauh berbeza..boleh dikatakan kalau ditegur sikit terus melawan,kurang adab bila berbicara dgn guru..ermm,1 alkisah aku nak kongsi disini tentang pengalaman aku mengajar, ketika azan asar berkumandang..maka semua pelajar2 bersiap sedia untuk bergerak menunaikan solat..tiba2 kedengaran suara riuh di koridor kelas..aku bertanya seorang guru, kenapa tu riuh-riuh?? Ada pelajar terjun bangunan..hah..terasa terkejut teramat sgt ketika itu.. bermacam-macam persoalan bermain-main difikiranku ketika itu.. bila dihampiri pelajar tersebut tiada sebarang kecederaan di badannya, sungguh menghairankan..pelajar itu hanya berdiri tegak setelah terjun dari tingkat atas..hairan2..beberapa orang ustazah cuba meredakan keadaan,ayat2 suci dibaca dicuping telinga pelajar itu..setelah disiasat pelajar tersebut beramal dengan amalan2 yg boleh mensyirikkan Allah..nauzubillah.. ilmu yg pljr ni tuntut boleh jgk dikenali dgn nama “strom”..bila ditanya lagi,alasannya kawan2 selalu buli,jadi ilmu ni boleh lindungi saya..bila “benda” tu masuk dalam badan sy, sy akan jadi kuat boleh lawan ngan org yg buli sy tu..hatiku beristighfar saat pengakuan itu dilontarkan..kamu percaya ada kuasa yg lagi hebat dari kuasa Allah?? Tak.. habis tu napa belajar ilmu nie?? Sy nak kuat..

Erm,kekuatan tu hanya datang dari Allah segala2nya dari Allah,kalau kamu rasa lemah hanya perlu mengadu pd Dia,insyaAllah pasti Allah akan menolong hambaNya..yang menghairan bkn seorang bahkan hampir bergeng mereka pelajari ilmu syaitan ini..
Ketika ini hati kecilku menangis mengenangkan generasi adik2..mana perginya akidah mereka??iman mereka?? Ya Allah peliharalah keimanan mereka..

وإذ قلنا للملئكة اسجدوا لأدم فسجدوا إلا إبليس كان من الجنّ ففسق عن أمر ربّه* أفتتّخذونه وذرّيّته أولياء من دونى وهم لكم عدوّ* بئس للظّلمين بدلا

50. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (al-kahfi:50)


Saat ini hatiku terdetik,manakah kurangnya didikkan agama yg ibubapa meraka berikan..didikan dan ilmu agama yg guru2 berikan..seribu satu kesedihan menghambat diriku..sedar atau tak semua yang terjadi itu adalah tanggungjawab bersama..mahupun ibubapa,guru,masyarakat, pendakwah,pemimpin..pandanglah perkara ini dgn mata hati agar tugas kita sebagai daie bkn shj tertumpu pada perkara2 yg besar sahaja..kerana setiap sesuatu itu bermula dari yg kecil.. :-)

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat:56)
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN IN
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada
satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah
"Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru
bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,
tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok
lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita
memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh
kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni
akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda

berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil

Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara
ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"
tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya
Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."


diambil dari ustaz zahzan untuk dikongsi bersama..
same2 lah kita renungkan.. :-)



  • About Me

    My photo
    بسم الله الرحمن الرحيم.. SALAM 1PERJUANGAN, 1AQIDAH,1UKHUWAH...:)

    sembang ukhuwah..

    Followers

    KOMENTAR..

    SeKoLaH KesaYanganku

    SeKoLaH KesaYanganku

    APIUM TerCinta..

    APIUM TerCinta..

    My UniVersiTy..

    My UniVersiTy..

    BiCaRa HaTi....

    Tiada ukhuwwah tanpa iman, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

    My music..