pengaLaman mentarbiyyah diri ini..

Masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik..khasnya pd guru2 di S.R.K Seri Makmur,S.R.A Ehyaul Fallah,Sek. Agama.Men.Tengku Ampuan Jemaah sg.besar dan pensyarah2 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri.. “SeLaMat HaRi GuRu”  Terima kasih krn telah mendidikku sehingga berjaya sehingga kini..

Mengimbau saat2 dialam persekolahan dulu mmg melucukan..saat dimarahi,saat dipuji, saat mengembirakan dan menyedihkan..semua itu hanya tinggal kenangan..kini aku sendiri telah merasa duduk ditempat guru.cuti yg terlalu panjang ini aku isi dengan berkongsi ilmu bersama adik2..aku mengajar disalah sebuah sekolah rendah. Fuhh,sungguh teruji bila berada ditempat seorang guru ini..berhadapan dgn kerenah anak2 murid yg bermacam lagak,fe’il..mencabar jugak kerjaya seorang guru ni bila berhadapan dgn murid2 yg agak ‘baik’..hehe..
Bila aku renung dan bandingkan murid2 zaman skrg dgn murid2 zaman dulu, jauh berbeza..boleh dikatakan kalau ditegur sikit terus melawan,kurang adab bila berbicara dgn guru..ermm,1 alkisah aku nak kongsi disini tentang pengalaman aku mengajar, ketika azan asar berkumandang..maka semua pelajar2 bersiap sedia untuk bergerak menunaikan solat..tiba2 kedengaran suara riuh di koridor kelas..aku bertanya seorang guru, kenapa tu riuh-riuh?? Ada pelajar terjun bangunan..hah..terasa terkejut teramat sgt ketika itu.. bermacam-macam persoalan bermain-main difikiranku ketika itu.. bila dihampiri pelajar tersebut tiada sebarang kecederaan di badannya, sungguh menghairankan..pelajar itu hanya berdiri tegak setelah terjun dari tingkat atas..hairan2..beberapa orang ustazah cuba meredakan keadaan,ayat2 suci dibaca dicuping telinga pelajar itu..setelah disiasat pelajar tersebut beramal dengan amalan2 yg boleh mensyirikkan Allah..nauzubillah.. ilmu yg pljr ni tuntut boleh jgk dikenali dgn nama “strom”..bila ditanya lagi,alasannya kawan2 selalu buli,jadi ilmu ni boleh lindungi saya..bila “benda” tu masuk dalam badan sy, sy akan jadi kuat boleh lawan ngan org yg buli sy tu..hatiku beristighfar saat pengakuan itu dilontarkan..kamu percaya ada kuasa yg lagi hebat dari kuasa Allah?? Tak.. habis tu napa belajar ilmu nie?? Sy nak kuat..

Erm,kekuatan tu hanya datang dari Allah segala2nya dari Allah,kalau kamu rasa lemah hanya perlu mengadu pd Dia,insyaAllah pasti Allah akan menolong hambaNya..yang menghairan bkn seorang bahkan hampir bergeng mereka pelajari ilmu syaitan ini..
Ketika ini hati kecilku menangis mengenangkan generasi adik2..mana perginya akidah mereka??iman mereka?? Ya Allah peliharalah keimanan mereka..

وإذ قلنا للملئكة اسجدوا لأدم فسجدوا إلا إبليس كان من الجنّ ففسق عن أمر ربّه* أفتتّخذونه وذرّيّته أولياء من دونى وهم لكم عدوّ* بئس للظّلمين بدلا

50. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (al-kahfi:50)


Saat ini hatiku terdetik,manakah kurangnya didikkan agama yg ibubapa meraka berikan..didikan dan ilmu agama yg guru2 berikan..seribu satu kesedihan menghambat diriku..sedar atau tak semua yang terjadi itu adalah tanggungjawab bersama..mahupun ibubapa,guru,masyarakat, pendakwah,pemimpin..pandanglah perkara ini dgn mata hati agar tugas kita sebagai daie bkn shj tertumpu pada perkara2 yg besar sahaja..kerana setiap sesuatu itu bermula dari yg kecil.. :-)

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat:56)
  • About Me

    My photo
    بسم الله الرحمن الرحيم.. SALAM 1PERJUANGAN, 1AQIDAH,1UKHUWAH...:)

    sembang ukhuwah..

    Followers

    KOMENTAR..

    SeKoLaH KesaYanganku

    SeKoLaH KesaYanganku

    APIUM TerCinta..

    APIUM TerCinta..

    My UniVersiTy..

    My UniVersiTy..

    BiCaRa HaTi....

    Tiada ukhuwwah tanpa iman, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

    My music..