penyucian jiwa dalam mengingati MATI

Alhamdulilah..akhirnya aku diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu dalam blog ini.. agak lama jgk tidak aku sisipkan nukilan didlm blog nie..emm..kali nie aku lebih suka nak berkongsi tentang mengingati kematian..tazkirah ini buat sahabat2 yg dikasihi dan yang paling penting sekali untuk diri insan yang dhoif ini. Semoga segala yang disampaikan dapat menembusi hati sahabat2…

Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs"
telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala.
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w: siapakah yang paling bijak??Baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Al Imamul Ghazali rahimahullah menyatakan manusia terbahagi 2golongan didalam berhadapan dengan mati:
PERTAMA: Golongan yang tengelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan.
Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Sehingga lupa yang dunia ini adalah tempat persinggahan sementara waktu sahaja. Waktu mereka lebih banyak dihabiskan dengan hiburan dunia semata-mata.

KEDUA: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah berkaitan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur.
Mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Pada masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia sebagai bekalan di akhirat kelak.. Ingat akan mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam
.

Sahabatku, cuba kita check diri kita..adakah kita tergolong dalam golongan pertama atau kedua?? Moga2 kita tergolong dalam golongan kedua..Amin..
Seterusnya ana nak kongsikan bagaimana cara2 untuk lebih mengingati mati:

1) Sentiasa ingat kepada rakan2 atau sahabat2 atau saudara mara serta ahli keluarga yang telah meninggal dunia..mybe umur mereka masih muda namun ajal tidak mengira waktu, tempat mahupun suasana..kerana itu adalah ketetapan Allah..
2) Ingat bagaimana keadaan mereka meninggal..mybe disebabkan sakit jantung.. darah tinggi..kemalangan..dan cuba tanya diri ini,adakah kita betul2 sihat??apakah kita akan terselamat dalam kemalangan??
3) Seterusnya,ketahui kehidupan mereka sebelum meninggal.. Ada yg meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya seorang yg rajin ke masjid, mentaati kedua ibubapa dan dekat dengan Allah Taala..
Ada yg meninggal dalam keadaan yg penuh dengan azab kerana hayatnya penuh dengan maksiat,meninggalkan solat dan sebagainya.
4) Menziarahi orang sakit dan nazak.. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian. ..


أكثروا من ذكر هاذم اللّذات
perbanyakkanlah mengingati perkara yg menghancurkan kelazatan(iaitu mati).
Rawahu Ibnu Hibban



Moga Allah sudi menyentuh,mendakapi dan memelihara hati kita dari tercela dengan kemaksiatan..Amin ya rabbal a’lamin..
0 Responses

Post a Comment

  • About Me

    My photo
    بسم الله الرحمن الرحيم.. SALAM 1PERJUANGAN, 1AQIDAH,1UKHUWAH...:)

    sembang ukhuwah..

    Followers

    KOMENTAR..

    SeKoLaH KesaYanganku

    SeKoLaH KesaYanganku

    APIUM TerCinta..

    APIUM TerCinta..

    My UniVersiTy..

    My UniVersiTy..

    BiCaRa HaTi....

    Tiada ukhuwwah tanpa iman, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

    My music..